Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Korporat Latar Belakang

Lokasi : Kompleks PKNS, Shah Alam

  1. JANM Negeri Selangor telah ditubuhkan pada September 1981 bagi memberikan perkhidmatan sebagai Pejabat Pembayar/ Perakaunan kepada semua Jabatan Persekutuan yang berada di Negeri Selangor ekoran perkembangan pesat di Selangor dan perpindahan pejabat-pejabat kerajaan dari Kuala lumpur ke Shah Alam.
  2. Sebelum itu, urusan pembayaran dibuat di JANM Ibu Pejabat.
  3. Lokasi semasa penubuhan adalah di Tingkat 1, Kompleks PKNS, Shah Alam dengan kakitangan seramai 24 orang sahaja.
  4. Selaras dengan perkembangan pesat dan pertambahan kakitangan kepada 62 orang, JANM Negeri Selangor telah berpindah ke Tingkat 3, Kompleks PKNS yang mempunyai ruang lebih besar pada Mei 1994.

Lokasi : Bangunan Affin Bank

  1. Setelah cadangan penstrukturan semula jabatan diluluskan pada 15 April 2007, JANM Negeri Selangor telah berpindah ke Bangunan Affin Bank dengan jumlah perjawatan sebanyak 98 pada 10 Dis 2007.
  2. Mulai 2 Julai 2009, melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2009, sebanyak 17 jawatan telah dijumudkan menjadikan jumlah sehingga hari ini adalah sebanyak 81 jawatan.
  3. Perjawatan yang dijumudkan adalah Operator Pemprosesan Data dan Jurutaip.

Lokasi : Menara Naza TTDI

  1. JANM Negeri Selangor telah berpindah ke Menara Naza TTDI, Seksyen 13 Shah Alam mulai 13 Januari 2020.
  2. Pejabat baharu JANM Negeri Selangor adalah berkonsepkan Open Digital Workspace.
  3. Pengoperasian kaunter bagi Wang Tak Dituntut , JANM Negeri Selangor adalah di Aras 6, Menara Naza TTDI.
  4. Jumlah perjawatan terkini adalah sebanyak 102 dan 1 orang Personnel MyStep.