NOTIS PENTING: GANGGUAN TALIAN TELEFON DI JABATAN AKAUNTAN
NEGARA MALAYSIA (JANM) NEGERI SELANGOR
Makluman kepada semua pelanggan dan orang awam,
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri
Selangor sedang mengalami gangguan teknikal pada talian telefon rasmi
pejabat. Pihak kami sedang berusaha menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan
bagi memulihkan semula talian tersebut dengan kadar segera.
Sepanjang tempoh gangguan ini, pihak jabatan telah menyediakan talian alternatif
sementara bagi memastikan urusan dan penyampaian perkhidmatan tidak terjejas.
Sila hubungi talian di bawah untuk sebarang urusan kecemasan atau pertanyaan:
Talian Sementara: 019-6260870
Pihak JANM Negeri Selangor memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan
amat menghargai kerjasama serta kesabaran pihak tuan/puan.
Sekian, terima kasih.
JANM Negeri Selangor



