Ketua-ketua Pejabat Pemungut (PeP) di bawah seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor
YBhg. Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan
HEBAHAN GARIS PANDUAN TERIMAAN MELALUI EFT KE AKAUN TERIMAAN UTAMA
PEJABAT PERAKAUNAN (AO) PINDAAN 2025
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Selaras dengan SPANM Bil. 3 Tahun 2025: Tatacara Pengurusan Terimaan yang baharu,
JANM telah mengeluarkan Garis Panduan Terimaan Melalui EFT ke Akaun Terimaan Utama
Pejabat Perakaunan (AO) pindaan tahun 2025 sebagai rujukan kepada AO dan Pejabat
Pemungut.
Dengan berkuat kuasanya surat ini, surat edaran JANM Negeri Selangor dengan nombor
rujukan ANM(SEL)PD.400-1/4 JILID 4 (75) bertarikh 3 Februari 2023 adalah dibatalkan.
Muat turun:
1. Surat Hebahan Rasmi
2. Lampiran 1 - Garis Panduan Pengurusan Terimaan Secara Electronic Fund Transfer
(EFT) Ke Akaun Terimaan Utama Pejabat Perakaunan
3. Lampiran 2 - Borang Permohonan Kelulusan Terimaan Secara EFT Melalui Akaun
Terimaan Utama Pejabat Perakaunan.
Unit Pengurusan Dana
JANM Negeri Selangor



