Media Sosial

fb  twitter
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Selangor


YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,


PENYEDIAAN KERTAS KERJA SOKONGAN LEJAR AKRUAN BAGI PENYATA
KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PRA-PERALIHAN TAHUN
KEWANGAN 2025 - PENUTUPAN INTERIM


Dengan hormatnya, saya merujuk perkara di atas.


2. Dimaklumkan bahawa semua Kementerian perlu menyediakan Penyata
Kewangan Kerajaan Persekutuan (PKKP) Pra-peralihan Tahun 2025 bagi tujuan
pengauditan oleh Ketua Audit Negara. Berikutan itu, Kertas Kerja Sokongan (KKS)
Lejar Akruan bagi penutupan interim tahun 2025 hendaklah disediakan dan
dikemukakan kepada Bahagian Akaun Kementerian melalui Pejabat Perakaunan
masing-masing bagi menyokong PKKP Pra-peralihan Tahun 2025.


3. Sehubungan dengan itu, semua PTJ Membayar di bawah seliaan JANM
Negeri Selangor perlu menyedia dan mengemukakan pengesahan baki bagi kod
akaun yang berkaitan mengikut format yang telah ditetapkan. Panduan bagi
penyediaan pengesahan baki adalah seperti di Lampiran A. Pengesahan baki ini
hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan sebanyak empat (4)
dokumen kepada JANM Negeri Selangor selewat-lewatnya pada hari Khamis,
23 Oktober 2025.


4. Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan berhubung
perkara ini amat dihargai.


Sekian, terima kasih.


.
Muat turun:


1. Surat Penyediaan Kertas Kerja Sokongan Lejar Akruan – Penutupan
    Interim 2025
.


2. Panduan Penyediaan Kertas Kerja Sokongan Lejar Akruan – Penutupan
    Interim 2025.


3. Lampiran KKS Interim 2025