Media Sosial

fb  twitter
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor


YBhg. Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan


HAD KEKERAPAN PENGGUNAAN KOD PEMBEKAL ONE-TIME VENDOR (OTV) DI
iGFMAS


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


Selaras dengan usaha jabatan untuk memudahkan proses kerja sedia ada agar lebih efisien
dan efektif, JANM Negeri Selangor telah menggugurkan proses permohonan kelulusan
penggunaan kod pembekal OTV yang sebelum ini diwajibkan kepada semua Pusat
Tanggungjawab (PTJ).


Sehubungan itu, PTJ tidak lagi dikehendaki untuk mengemukakan permohonan kelulusan
penggunaan kod pembekal OTV kepada JANM Negeri Selangor melalui emel seperti
sebelumnya berkuatkuasa 6 Ogos 2025. PTJ boleh menyediakan Arahan Pembayaran
dengan menggunakan kod pembekal OTV 10001 dan 10009 berdasarkan ketetapan di
bawah:

 

Kod Vendor OTV

Nama Vendor OTV

Keterangan Bagi Penerima Bayaran Vendor OTV

10001

EMP2 – Pendapatan Bercukai

Penerima bayaran untuk pegawai/kakitangan awam yang belum didaftarkan di dalam kategori kod vendor EMP atau pegawai/kakitangan awam yang di bawah arahan Tahan Gaji atas sebab tertentu.

10009

OTV Arahan Pembayaran

Penerima bayaran yang tidak didaftarkan di dalam Data Induk Penerima Bayaran iGFMAS bagi bayaran secara one-off yang dikhususkan untuk Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Kerajaan sahaja.

Walau bagaimanapun, sekiranya penggunaan kod pembekal OTV untuk setiap penerima
bayaran berkenaan melebihi sekali atau berulang dalam tempoh setahun, PTJ hendaklah
mewujudkan kod pembekal yang bersesuaian di dalam Data Induk iGFMAS untuk
melaksanakan bayaran.


Dengan berkuatkuasa arahan ini, surat edaran JANM Negeri Selangor dengan nombor
rujukan ANM(SEL)PD.400-3 JLD.4(21) bertarikh 7 Februari 2024 adalah terbatal.


Muat turun: Surat Pemakluman Rasmi


Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Dana
JANM Negeri Selangor