Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor
YBhg. Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan
PEMAKLUMAN PELANTIKAN POS MALAYSIA BEHAD SEBAGAI AGENSI PUKAL DI BAWAH KEMUDAHAN BAYARAN PUKAL JANM
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Untuk makluman, POS Malaysia Berhad telah mendapat kelulusan untuk menggunakan Kemudahan Bayaran Pukal JANM pada 12 Januari 2024. Perjanjian Kemudahan Bayaran Pukal JANM antara Kerajaan Malaysia dan POS Malaysia berkuatkuasa bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2026.
Sehubungan itu, mohon kerjasama Pusat Tanggungjawab untuk mengambil tindakan sewajarnya mewujudkan akaun pukal bagi perkhidmatan dinyatakan di atas agar proses pembayaran melalui Kemudahan Bayaran Pukal berjalan dengan lancar.
Muat turun: Surat Pemakluman Rasmi
Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Dana
JANM Negeri Selangor