Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor
YBhg. Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan
PEMAKLUMAN PANDUAN PENGGUNAAN KOD AKAUN LEBIHAN ATAU KURANGAN TERKUMPUL (RE)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Untuk makluman, BPOPA JANM telah mengeluarkan Panduan Penggunaan Kod Akaun Lebihan Atau Kurangan Terkumpul (RE) Versi 1/2025. Penggunaan kod akaun RE di bawah panduan ini hanya melibatkan transaksi kesilapan tempoh terdahulu bagi transaksi Akaun Belum Terima (ABT), Aset Bukan Kewangan, Amanah, Deposit dan lain-lain pelarasan.
PTJ digalakkan untuk meneliti Lampiran 5 - Senario Permohonan bagi mengenalpasti samada senario di PTJ memerlukan penggunaan kod akaun RE atau tidak melibatkan penggunaan kod akaun RE.
Sebarang pelarasan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Perakaunan (AO) terlebih dahulu bagi tujuan semakan dan diangkat untuk kelulusan BPOPA JANM sekiranya melibatkan penggunaan kod akaun RE.
Muat turun: Surat Pemakluman Rasmi
Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Dana
JANM Negeri Selangor