Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor
YBhg. Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan
MAKLUMAN KESEDIAAN BIL SAP TM BAGI PERKHIDMATAN MANAGED VOICE DI BAWAH KEMUDAHAN BAYARAN PUKAL
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Untuk makluman, pihak TM kini bersedia untuk menerima bayaran bagi bil SAP perkhidmatan telekomunikasi yang menggunakan produk TM Managed Voice termasuk sewaan peralatan telekomunikasi TM bagi perkhidmatan tersebut melalui kemudahan bayaran pukal.
Sehubungan itu, mohon kerjasama Pusat Tanggungjawab untuk mengambil tindakan sewajarnya mewujudkan akaun pukal bagi Bil SAP tersebut agar proses pembayaran melalui Kemudahan Bayaran Pukal berjalan dengan lancar.
Muat turun: Surat Pemakluman Rasmi
Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Dana
JANM Negeri Selangor