Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Selangor

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

PENYEDIAAN KERTAS KERJA SOKONGAN LEJAR AKRUAN BAGI PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PRA-PERALIHAN TAHUN KEWANGAN 2024 - PENUTUPAN INTERIM

Dengan hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa semua Kementerian perlu menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan (PKKP) Pra-peralihan Tahun 2024 bagi tujuan pengauditan oleh Ketua Audit Negara. Berikutan itu, Kertas Kerja Sokongan (KKS) Lejar Akruan bagi penutupan interim tahun 2024 hendaklah disediakan dan dikemukakan kepada Bahagian Akaun Kementerian melalui Pejabat Perakaunan masing-masing bagi menyokong PKKP Pra-peralihan Tahun 2024.

3. Sehubungan dengan itu, semua PTJ Membayar di bawah seliaan JANM Negeri Selangor perlu menyedia dan mengemukakan pengesahan baki bagi kod akaun yang berkaitan mengikut format yang telah ditetapkan. Panduan bagi penyediaan pengesahan baki adalah seperti di Lampiran A. Pengesahan baki ini hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan sebanyak empat (4) dokumen kepada JANM Negeri Selangor selewat-lewatnya pada hari Khamis, 24 Oktober 2024.

4. Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.
.
Muat turun:
Surat Penyediaan Kertas Kerja Sokongan Lejar Akruan – Penutupan Interim 2024.

Panduan Penyediaan Kertas Kerja Sokongan Lejar Akruan – Penutupan Interim 2024.

Lampiran KKS Interim 2024