Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

SEMUA PTJ NEGERI SELANGOR


Tuan/Puan,


PERALIHAN PENGURUSAN CAPAIAN PORTAL iGFMAS SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)


Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.


2. Adalah dimaklumkan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia(JANM) telah melaksanakan peralihan pengurusan capaian di Portal iGFMAS daripada manual kepada secara atas talian (online) mulai 9 September 2024.


3. Untuk makluman Tuan/Puan, taklimat Pengurusan Capaian iGFMAS secara atas talian telah diadakan pada 8 Ogos 2024. Oleh itu pihak Tuan/Puan boleh merujuk panduan permohonan pengurusan capaian secara atas talian (online) di pautan berikut:


• Manual Pengurusan Pengguna (End User) dan Video Panduan Pengguna


https://drive.google.com/drive/u/0/folders/1dxexmBE9CQ16XQK_nhwOfKOodNS1OClQ


4. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh hubungi melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau di talian berikut:


• Mohd Hafiz bin Hamdan 03-5520 5341
• Mohammad Fadli bin Aman 03-5520 5226
• Wan Farizah binti Wan Nik 03-5520 5299

Sekian, terima kasih.