Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PENYEDIAAN BAUCAR PEMBAYARAN DALAM TEMPOH DITETAPKAN BERDASARKAN ARAHAN PERBENDAHARAAN (AP) 103(a)

Kepada:
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

Dimaklumkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia mendapati bahawa banyak isu berkenaan kelewatan proses penyediaan baucar pembayaran melebihi tempoh 14 hari setelah dokumen lengkap diterima. Kelewatan ini adalah tidak selaras dengan AP 103(a) yang telah menetapkan bahawa PTJ hendaklah memastikan bayaran kepada penerima disempurnakan dalam tempoh 14 hari setelah dokumen lengkap diterima.

2. Sehubungan dengan itu, Jabatan ini ingin memberikan peringatan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam memastikan pematuhan AP 103(a) ini diberikan perhatian sepenuhnya. Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan:

  • tiada kelewatan bayaran kepada penerima;
  • tiada risiko aduan oleh penerima;
  • tiada teguran audit dan naziran;
  • tiada bayaran diproses dibawah peraturan AP58(a); dan
  • melancarkan proses Penutupan Akhir Tahun 2023.

3. Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh YBhg. Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara di atas amatlah dihargai.

Muat turun surat DISINI

Sekian, terima kasih.
 

JANM Negeri Selangor