Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PENYEDIAAN KERTAS KERJA SOKONGAN LEJAR AKRUAN BAGI PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PRA-PERALIHAN TAHUN KEWANGAN 2023 - PENUTUPAN INTERIM

Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Selangor

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

PENYEDIAAN KERTAS KERJA SOKONGAN LEJAR AKRUAN BAGI PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PRA-PERALIHAN TAHUN KEWANGAN 2023 - PENUTUPAN INTERIM

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan, semua Kementerian perlu menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan (PKKP) Pra-Peralihan Tahun 2023 bagi tujuan pengauditan oleh Ketua Audit Negara. Berikutan itu, Kertas Kerja Sokongan (KKS) Lejar Akruan bagi penutupan interim tahun 2023 hendaklah disediakan dan dikemukakan kepada Bahagian Akaun Kementerian melalui Pejabat Perakaunan masing-masing bagi menyokong PKKP Pra-Peralihan Tahun 2023.

3. Sehubungan dengan itu, semua PTJ di bawah seliaan JANM Negeri Selangor perlu menyedia dan mengemukakan pengesahan baki bagi kod akaun yang berkaitan dengan mengikut format yang telah ditetapkan. Panduan bagi penyediaan pengesahan baki adalah dilampirkan bersama-sama dengan surat ini. Pengesahan baki ini hendaklah dikemukakan sebanyak empat (4) dokumen asal kepada JANM Negeri Selangor selewat-lewatnya pada hari Isnin, 23 Oktober 2023.

4. Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.
JANM Negeri Selangor

Muat turun:

Surat Arahan Penyediaan Kertas Kerja Sokongan Lejar Akruan Bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-Peralihan Tahun Kewangan 2023 - Penutupan Interim.

Panduan Penyediaan Kertas Kerja Sokongan Lejar Akruan Bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-Peralihan Tahun Kewangan 2023 - Penutupan Interim.

Lampiran KKS Interim 2023.