Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PEMAKLUMAN PERUBAHAN PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN MULAI TAHUN TAKSIRAN 2023

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/ Dato'/ Dr/ Tuan/ Puan,

RUJUKAN DOKUMEN Emel BPTM bertarikh 4 Julai 2023
TARIKH KUATKUASA 1 Jun 2023

Dengan hormatnya merujuk kepada emel BPOPP BPOPP/SPO (Emel)/2023 (198)
pada 4 Julai 2023 berhubung dengan perkara di atas.

2. Berdasarkan kepada pembentangan bajet 2023 yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, terdapat perubahan dalam pengiraan kadar cukai pendapatan individu mulai tahun taksiran 2023 seperti jadual di Lampiran A.


Muat turun Lampiran A DISINI

3. Sehubungan dengan itu, pengiraan kadar potongan cukai bulanan (PCB) pegawai juga akan berubah seiring dengan perubahan kadar cukai baharu seperti di atas.

4. Untuk makluman, penggunaan kadar cukai baharu ke atas pengiraan PCB adalah berkuatkuasa mulai 1 Jun 2023 selari dengan Akta Kewangan 2023 yang telah diwartakan pada 31 Mei 2023.

5. Walaubagaimanapun, pelaksanaan kadar PCB baharu bagi penjawat awam persekutuan yang terlibat adalah mulai gaji Julai 2023. Ini adalah kerana perubahan ini dikeluarkan oleh pihak SAP pada 15 Jun 2023 iaitu selepas larian gaji Jun 2023.

Sekian, terima kasih.
Unit Gaji
JANM Negeri Selangor