Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) TAHUN 2023 DI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI SELANGOR

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Selangor ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan Personel Short-Term Employment Program (MySTEP) di Unit Wang Tak Dituntut (WTD), JANM Negeri Selangor seperti berikut.

 

JAWATAN : PEMBANTU PENGURUSAN WTD

KELAYAKAN : SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) ATAU SETARAF

KADAR UPAH (RM) : 1,700.00/ BULAN TERMASUK KWSP DAN PERKESO

LOKASI PEJABAT : JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI SELANGOR

JUMLAH KEKOSONGAN : 1

TEMPOH LANTIKAN : SEPTEMBER 2023 HINGGA 31/12/2023

 

Syarat Permohonan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan / atau kelayakan yang setaraf dengannya.;
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik dan mesra pelanggan;
  • Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam menguruskan data dalam MS Office Excel, MS Word, MS Power Point dan pengurusan data;
  • Mempunyai pengurusan masa yang baik dan berupaya menguruskan tugasan mengikut keutamaan;
  • Mampu bekerja secara berpasukan dan disiplin dalam setiap arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

 

HANYA CALON YANG DISENARAI PENDEK AKAN DIJEMPUT HADIR KE SESI TEMUDUGA

Permohonan secara rasmi bersama resume berserta gambar berwarna yang terkini dan salinan Sijil Akademik yang diakui sah hendaklah dikemukakan melalui e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dengan tajuk emel PERMOHONAN MySTEP JANM NEGERI SELANGOR

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 20 OGOS 2023 (AHAD) SEBELUM JAM 5:00 PETANG

 

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/panggilan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Sebarang persoalan boleh hubungi talian seperti berikut:
03-5520 5205 (Puan Suriani Binti Amat)
03-5520 5225 (Puan Roshayati Binti Amit)

Muat turun iklan DISINI