Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PROSES PENYELENGGARAAN MAKLUMAT PEMBEKAL / PENERIMA BAYARAN SECARA PUKAL

Adalah dimaklumkan semua proses wujud, kemaskini dan batal maklumat pembekal/penerima bayaran boleh dilakukan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) secara pukal mulai Oktober 2022 dan proses muat naik template serta kelulusan dilakukan oleh Pejabat Perakaunan (AO) di SAPGUi. 

 

Rujukan : GARIS PANDUAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BILANGAN 2 TAHUN 2022 

 

Terdapat 3 template iaitu : 

 

i- Format Mass Upload Wujud 

ii- Format Mass Upload Kemaskini 

iii- Format Mass Upload Batal 

 

Langkah 1 - Pengguna PTJ perlu melengkapkan template mengikut jenis proses yang dikehendaki. Maksimum rekod adalah sebanyak 300 rekod.

Muat turunTatacara pengisian template DISINI

 

Langkah 2 – Template yang telah lengkap perlu dihantar ke Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan (UKPP) JANM Negeri Selangor melalui e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dalam format Excel dan format PDF yang ditandatangani oleh penyedia, penyemak dan pelulus. 

 

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, tuan/puan boleh menghubungi pegawai UKPP JANM Negeri Selangor di talian 03-55205299/5278/5288/5371

 

Sekian, terima kasih. 

 

Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor 

01 Oktober 2022