Assalamualaikum / Salam Sejahtera,
Ketua Jabatan Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ)
Di bawah Seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor.
Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 6 Tahun 2023: Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024 telah menggariskan peraturan dan tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ) mengenai tatacara pengurusan bayaran emolumen agar dilaksanakan dengan tepat dan betul serta dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.
Oleh yang demikian, bagi melancarkan lagi proses pembayaran gaji tahun 2024, Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu mematuhi jadual proses pembayaran gaji mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti di Lampiran A.
Muat turun Lampiran A Disini.
Sekian, terima kasih.
Unit Gaji
JANM Negeri Selangor