Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor
Tuan/Puan,
Dimaklumkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah memutuskan bahawa penggunaan kekerapan penggunaan OTV di bawah kod vendor 10001 dan 10009 di sistem iGFMAS dihadkan sebanyak tiga (3) kali untuk setiap ID penerima bayaran bagi setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam tempoh setahun berkuat kuasa mulai 1 Mei 2023.
Tuan/Puan boleh memuat turun surat di pautan berikut: SURAT ONE TIME VENDOR (OTV) JANM SEL
Sekian, terima kasih.
JANM Negeri Selangor