Adalah dimaklumkan semua proses wujud, kemaskini dan batal maklumat pembekal/penerima bayaran boleh dilakukan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) secara pukal mulai Oktober 2022 dan proses muat naik template serta kelulusan dilakukan oleh Pejabat Perakaunan (AO) di SAPGUi.
Rujukan : GARIS PANDUAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BILANGAN 2 TAHUN 2022
Terdapat 3 template iaitu :
i- Format Mass Upload Wujud
ii- Format Mass Upload Kemaskini
iii- Format Mass Upload Batal
Langkah 1 - Pengguna PTJ perlu melengkapkan template mengikut jenis proses yang dikehendaki. Maksimum rekod adalah sebanyak 300 rekod.
Muat turunTatacara pengisian template DISINI
Langkah 2 – Template yang telah lengkap perlu dihantar ke Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan (UKPP) JANM Negeri Selangor melalui e-mel kepada
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, tuan/puan boleh menghubungi pegawai UKPP JANM Negeri Selangor di talian 03-55205299/5278/5288/5371.
Sekian, terima kasih.
Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor
01 Oktober 2022