Kepada:
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor
YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
Dimakluman Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 1 Tahun 2023 – Tatacara Pengurusan Akaun Deposit yang berkuat kuasa mulai 2 Mac 2023. Sehubungan dengan itu, Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 4 Tahun 2019 rujukan JANM.BKP.600-14/1/11 (04) bertarikh 25 Jun 2019 berkaitan Tatacara Pengurusan Akaun Deposit adalah dibatalkan.
2. Perhatian semua PTJ berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
JANM Negeri Selangor
Muat turun:
SPANM Bil 1 Tahun 2023 - Tatacara Pengurusan Akaun Deposit (Pindaan) berkuatkuasa Mac 2023