Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 PENYEDIAAN KERTAS KERJA SOKONGAN LEJAR AKRUAN BAGI PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PRA-PERALIHAN TAHUN KEWANGAN 2022 - PENUTUPAN INTERIM

Ketua Jabatan

Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Selangor

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

PENYEDIAAN KERTAS KERJA SOKONGAN LEJAR AKRUAN BAGI PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PRA-PERALIHAN TAHUN KEWANGAN 2022 - PENUTUPAN INTERIM

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2.         Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan, semua Kementerian perlu menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan (PKKP) Pra-Peralihan Tahun 2021 bagi tujuan pengauditan oleh Ketua Audit Negara. Berikutan itu, Kertas Kerja Sokongan (KKS) Lejar Akruan bagi penutupan interim tahun 2022 hendaklah disediakan dan dikemukakan kepada Bahagian Akaun Kementerian melalui Pejabat Perakaunan masing-masing bagi menyokong PKKP Pra-Peralihan Tahun 2022.

3.         Sehubungan itu, semua PTJ Membayar di bawah seliaan JANM Negeri Selangor perlu menyedia dan mengemukakan pengesahan baki bagi kod akaun yang berkaitan mengikut format yang telah ditetapkan. Panduan bagi penyediaan pengesahan baki adalah dilampirkan bersama-sama dengan surat ini. Pengesahan baki ini hendaklah dikemukakan sebanyak empat (4) salinan kepada JANM Negeri Selangor selewat-lewatnya pada hari Selasa, 1 November 2022.

4.         Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

JANM Negeri Selangor

Muat turun:

      3.    Lampiran Interim KKS 2022