Kepada:
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor
Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan Soalan Lazim Penyelenggaraan Laporan Kewangan Dan Perakaunan sebagai garis panduan kepada PTJ, Kementerian dan Pejabat Perakaunan dalam melaksanakan penyelenggaraan laporan kewangan dan perakaunan.
Garis panduan ini berkuat kuasa mulai tempoh pelaporan bulan Jun 2022, dan hendaklah dibaca bersama Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) berikut:
i) SPANM Bil. 7 Tahun 2018 – Tatacara Pengurusan Bayaran
ii) SPANM Bil. 3 Tahun 2019 – Tatacara Pengurusan Terimaan
iii) SPANM Bil. 1 Tahun 2020 – Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan
Perhatian semua PTJ berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
JANM Negeri Selangor
Muat turun:
1) SURAT SOALAN LAZIM PENYELENGGARAAN LAPORAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN
2) SOALAN LAZIM PENYELENGGARAAN LAPORAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN