Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Ruj kami : ANM(SEL)G.100-10/3/1 (27)
Tarikh : 31 Disember 2020

 

Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor

 

YBhg. Dato’/Tuan/Puan,

 

JADUAL TARIKH PROSES PEMBAYARAN GAJI BULANAN BAGI TAHUN 2021

 

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Untuk makluman pihak YBhg. Dato’/Tuan/Puan, Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2020 telah menggariskan peraturan dan tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ) mengenai tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2021 dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi memastikan tatacara pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat dan betul serta dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.

 

3. Oleh yang demikian, bagi melancarkan lagi proses pembayaran gaji tahun 2021, pihak YBhg. Dato’/Tuan/Puan perlu mematuhi jadual proses pembayaran gaji mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti di Lampiran A.

 

4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Dato’/Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

 

 

NAMA PEGAWAI NO. TELEFON
Puan Azwani binti Aziz 03-5520 5322
Puan Siti Sarlina binti Saleh 03-5520 5303
Puan Nur Azianie binti Sarijan 03-5520 5235
Puan Athira Nabila binti Sulaiman 03-5520 5220

 

5. Kerjasama pihak YBhg. Dato’/Tuan/Puan tentang perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pertingkat Inovasi Terokai Transformasi Kuasai Globalisasi”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

(AZMAYANTI BINTI MOHD ASSA’AD C.A.(M), ACMA. CGMA)


b.p Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia,
Negeri Selangor
No.Tel: 0355205203        No.Faks: 0355105049
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  

 

 

MUAT TURUN:    

 

Surat Pemakluman Jadual Proses Bayaran Gaji Tahun 2021

 

Lampiran A