Kepada
Semua Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ)
Di bawah Seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor.
Bagi tujuan penutupan Akaun Bulanan bagi bulan Februari 2021, PTJ hendaklah memastikan semua proses bayaran, terimaan, panjar dan transaksi perakaunan di peringkat PTJ diselesaikan dengan sempurna sebelum 28 Februari 2021.
Muat turun: Surat Arahan Penutupan Akaun Bulan Februari 2021
Kerjasama dan perhatian tuan/puan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
JANM Negeri Selangor