Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 MAKLUMAN PENUTUPAN KAUNTER WANG TAK DITUNTUT (WTD) JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) NEGERI SELANGOR

 

MAKLUMAN PENUTUPAN KAUNTER WANG TAK DITUNTUT (WTD) JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) NEGERI SELANGOR

 

Dimaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter WTD JANM Negeri Selangor DITUTUP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sebarang urusan di kaunter adalah berdasarkan JANJI TEMU dan serahan borang tuntutan adalah melalui perkhidmatan KOTAK SERAHAN WTD di Aras 6, JANM Negeri Selangor, Menara NAZA TTDI, Seksyen 13 Shah Alam. Untuk urusan tempahan slot janji temu, sila hubungi pegawai JANM Negeri Selangor di talian 03-5520 5200. Waktu operasi kaunter janji temu adalah seperti berikut;

 

ISNIN- KHAMIS

8.30 pagi – 1.00 tengah hari

2.00 petang – 4.00 petang

JUMAAT

8.30 pagi – 12.15 tengah hari

2.45 petang – 4.00 petang

 

Sebagai alternatif, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan semakan dan tuntutan WTD secara atas talian di alamat;

 

https://egumis.anm.gov.my

 

Walau bagaimanapun, orang ramai boleh juga mengemukakan borang tuntutan yang telah lengkap secara pos ke ibu pejabat Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD) di alamat seperti berikut:

 

Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut

Aras 1, Blok Selatan, Perbendaharaan 2

Kompleks Kementerian Kewangan

No.7, Persiaran Perdana, Presint 2

62594 Putrajaya      

 

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan status tuntutan WTD, orang ramai boleh menghubungi ibu pejabat BWTD di talian 03-8000 8700/8701/8702 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.