Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 TARIKH AKHIR PEMBAYARAN PERMOHONAN PULANGAN BALIK HASIL BAGI TAHUN 2020

 

Tarikh : 26 November 2020

 

Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor

 

 

Tuan/Puan,

 

 

TARIKH AKHIR PEMBAYARAN PERMOHONAN PULANGAN BALIK HASIL BAGI TAHUN 2020

 

 

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas, dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 4 Tahun 2020 adalah berkaitan.

 

2.       Seperti yang telah dinyatakan melalui SPANM tersebut, tarikh akhir bagi proses Arahan Pembayaran yang melibatkan Belanja Mengurus pada tahun 2020 adalah pada 3 Disember 2020. Sehubungan dengan itu, permohonan pulangan balik hasil yang memerlukan pembayaran segera dalam tahun ini perlu dikemukakan kepada JANM Negeri Selangor selewat-lewatnya pada 30 November 2020.

 

3.       PTJ hendaklah memastikan permohonan yang dikemukakan telah memenuhi senarai semak di Lampiran D, SPANM Bil. 3 Tahun 2019 (Garis Panduan Pulangan Balik Hasil), dan semua dokumen sokongan yang dilampirkan adalah lengkap dan teratur.

 

4.       Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Encik Zairul Azrine bin Zainal Abidin. Perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

UNIT AKAUN

JANM NEGERI SELANGOR