Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 PENUTUPAN SEMENTARA KAUNTER WTD JANM NEGERI SELANGOR

Dimaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter Wang Tak Dituntut (WTD) JANM Selangor akan dihentikan sementara bermula pada 17 Mac 2020 sebagai langkah pencegahan penularan jangkitan COVID-19 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

 

Sebagai alternatif, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan semakan WTD secara atas talian di alamat https://egumis.anm.gov.my

 

Manakala untuk membuat tuntutan WTD, orang ramai boleh mengemukakan borang tuntutan yang telah lengkap secara pos ke ibu pejabat di alamat berikut:

 

Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Tingkat 42, Menara Maybank

100, Jalan Tun Perak

50050 Kuala Lumpur.

 

Sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi kami di talian 03-2056 8052 / 8053 / 8054 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sekian, terima kasih. 

17/3/2020