MAKLUMAN PENUTUPAN KAUNTER WANG TAK DITUNTUT (WTD) JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) NEGERI SELANGOR
Dimaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter WTD JANM Negeri Selangor DITUTUP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sebarang urusan di kaunter adalah berdasarkan JANJI TEMU dan serahan borang tuntutan adalah melalui perkhidmatan KOTAK SERAHAN WTD di Aras 6, JANM Negeri Selangor, Menara NAZA TTDI, Seksyen 13 Shah Alam. Untuk urusan tempahan slot janji temu, sila hubungi pegawai JANM Negeri Selangor di talian 03-5520 5200. Waktu operasi kaunter janji temu adalah seperti berikut;
ISNIN- KHAMIS |
8.30 pagi – 1.00 tengah hari 2.00 petang – 4.00 petang |
JUMAAT |
8.30 pagi – 12.15 tengah hari 2.45 petang – 4.00 petang |
Sebagai alternatif, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan semakan dan tuntutan WTD secara atas talian di alamat;
https://egumis.anm.gov.my
Walau bagaimanapun, orang ramai boleh juga mengemukakan borang tuntutan yang telah lengkap secara pos ke ibu pejabat Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD) di alamat seperti berikut:
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Aras 1, Blok Selatan, Perbendaharaan 2
Kompleks Kementerian Kewangan
No.7, Persiaran Perdana, Presint 2
62594 Putrajaya
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan status tuntutan WTD, orang ramai boleh menghubungi ibu pejabat BWTD di talian 03-8000 8700/8701/8702 atau emel: