Tuan/Puan,
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.
2. Pengurusan bayaran emolumen bagi Pegawai Awam Tetap/ Kontrak/ Pekerja Sambilan Harian melalui arahan pembayaran perlu dirujuk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara (SPANM) Bil. 1 Tahun 2020, Lampiran A: Garis Panduan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan. Walau bagaimanapun, sekiranya pembayaran emolumen bagi Pegawai Awam tetap/ Kontrak/ Pekerja Sambilan yang meninggal dunia , terdapat beberapa dokumen tambahan perlu dikemukakan bersama dengan permohonan kepada pejabat perakaunan untuk kelulusan bayaran melalui arahan pembayaran.
3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama surat ini disertakan senarai semak permohonan kelulusan pembayaran emolumen bagi Pegawai Awam Tetap/ Kontrak/ Pekerja Sambilan Harian yang meninggal dunia melalui arahan pembayaran seperti di Lampiran A untuk rujukan pihak YBhg. Dato’/Tuan/Puan.
4. Tuan/Puan boleh memuat turun surat arahan dan senarai semak tersebut melalui pautan berikut :
Sekian harap maklum dan terima kasih.