Dimaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter Wang Tak Dituntut (WTD) JANM Selangor akan dihentikan sementara bermula pada 17 Mac 2020 sebagai langkah pencegahan penularan jangkitan COVID-19 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Sebagai alternatif, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan semakan WTD secara atas talian di alamat https://egumis.anm.gov.my
Manakala untuk membuat tuntutan WTD, orang ramai boleh mengemukakan borang tuntutan yang telah lengkap secara pos ke ibu pejabat di alamat berikut:
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur.
Sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi kami di talian 03-2056 8052 / 8053 / 8054 atau emel:
Sekian, terima kasih.
17/3/2020