Dimaklumkan bahawa kaunter Wang Tak Dituntut (WTD) JANM Selangor akan ditutup sementara bermula pada 9 Januari hingga 24 Januari 2020 bagi melancarkan kerja-kerja perpindahan pejabat JANM Selangor.
Kaunter WTD JANM Selangor akan beroperasi semula seperti biasa di bangunan pejabat baharu bermula pada 28 Januari 2020 di Tingkat 6, Menara Naza TTDI, Seksyen 13, Shah Alam.
Sehubungan itu, sepanjang penutupan sementara ini orang ramai dinasihatkan untuk mengunjungi kaunter WTD di cawangan terdekat seperti berikut:
a) Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD), Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Tingkat 42, Menara Maybank, 100, Jalan Tun Perak 50050 Kuala Lumpur.
b) Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BAMOF), Jabatan Akauntan Negara Malaysia, No.1, Persiaran Perdana, Presint 2, 62594 Putrajaya.
Semakan WTD juga boleh dibuat secara atas talian di alamat berikut:
Sekian, terima kasih.