Semua Ketua-Ketua Pusat Tanggungjawab Negeri Selangor,
YBhg Dato'/Tuan/Puan,
PERJUMPAAN BERSAMA PUSAT TANGGUNGJAWAB DI BAWAH SELIAAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) NEGERI SELANGOR TAHUN 2019
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Selangor akan mengadakan satu perjumpaan bersama Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk menerangkan isu-isu berkaitan operasi dan iGFMAS bagi memastikan kelancaran proses penutupan akaun kelak.
3. Perjumpaan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 22 Ogos 2019 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Auditorium Pusat Latihan Teknologi Tinggi ADTEC Shah Alam 5934-1, Jalan Bukit Kemuning Seksyen 32,40460 Shah Alam Selangor.
Aturcara Program : Rujuk Lampiran (Lampiran A)
4. Sehubungan dengan itu,setiap PTJ diminta menghantar seorang wakil yang bertanggungjawab mengendalikan tugas-tugas kewangan secara langsung untuk menghadiri taklimat ini.Pihak YBhg Dato'/Tuan/Puan perlu melengkapkan borang pengesahan seperti di lampiran B.
Sila rujuk surat ANM(SEL) G.100-10/3(6) bertarikh 8 Ogos 2019 seperti yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.