Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 Peranan Gaji : Aktiviti clean-up ID pengguna

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2          Dimaklumkan bahawa, Unit Authorization BPTM telah melaksanakan aktiviti clean-up peranan Gaji PTJ di semua Pejabat Perakaunan.

 

3.         Information Security Management System (ISMS), iGFMAS akan membuat audit dalam dan luar bagi aktiviti pematuhan MPK Authorization iaitu capaian bagi Wujud ID penyedia Gaji PTJ-HCM berserta pembuktian data peranan di Pejabat Perakaunan .

 

4.       Dengan ini, pihak BPTM akan menghapuskan peranan PTJ gaji dalam User Master yang tidak mematuhi cadangan peranan dan gred dalam MPK. Dimohon PTJ mematuhi cadangan 1 atau cadangan 2. Senario ini diambil kira ketika semakan dan dihapuskan sekiranya tidak mematuhi MPK iaitu :

Penyedia Gaji PTJ Gred 19-22, selain gred dinyatakan akan dihapuskan.

Penyedia tidak boleh mempunyai role penyemak atau peraku secara serentak.

Penyemak atau Peraku boleh pengguna lain.

Peraku Gaji PTJ Gred 26 ke atas atau gred 41 ke atas.

5.         Pihak BPTM akan memberi capaian peranan Penyemak atau Peraku pada pengguna PTJ gaji yang dipertimbangkan betul mengikut gred. 

 

Kerjasama dan perhatian yang diberikan didahului ucapan terima kasih.

 

Sila rujuk MPK AUTH-30 Wujud ID Pengguna Baharu Penyedia Gaji disini.

 

Sekian, terima kasih.